بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Disini , Kami Meluah , Kami Bercerita , Kami Berkongsi Maklumat , Kami Belajar.
Terima Kasih Kerana Membaca. Kami Hanya Manusia Biasa Yang Mempunyai Kelebihan dan Kekurangan Masing-masing.
Semoga Apa Yang Dikongsi Dapat Difahami Bersama


Quotes

halaman

Menangis kerana Rakan.

Hey.
Assalamualaikum,
Alyna kembali mengarang semula.


Tidak pernah serik dan bosan,
Tak henti-henti diri ini bercerita mengenai rakan.
ingat kembali kesekolah diri ini dapat bertenang walaupun seketika.
Akan tetapi, harapan hampa sama sekali.

Bayangkan, sampai-sampai kesekolah tak sempat meletakkan beg diatas kerusi.
Si penyampai pesan sudah menarik tangan ku dan seorang lagi rakan yang punyai masalah yang sama.
Ketidak hadiran aku semalam telah memberi peluang si pencari masalah ini meluahkan perasaan.

Sudah ku katakan, benda ini akan jadi jugak.
Bayangkan perkara yang tak betul.
Diputar belit menjadi cerita lain.
Sumpah! hati ini sedih sangat menahan sakit, Terkilan dihati mempunyai member sebegini.

Niat dihati tak mahu memperbesarkan cerita, tapi harapan aku sama sekali punah.
Tidak aku menangis dihadapan rakan lain , tetapi hati ini seperti lautan yang sudah bergelora hanya menunggu masa untuk memakan mangsanya sahaja.
Namun begitu, aku tidaklah sebegitu kejam.
Aku tetap melawan perasaan ini, dan berdoa agak dia sendiri sedar dengan perilakunya sendiri.

Mudah-mudahan aku diberikan ketabahan seperti sebelum ini.


kalau dah baca komen au....

No comments:

Post a Comment