بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Disini , Kami Meluah , Kami Bercerita , Kami Berkongsi Maklumat , Kami Belajar.
Terima Kasih Kerana Membaca. Kami Hanya Manusia Biasa Yang Mempunyai Kelebihan dan Kekurangan Masing-masing.
Semoga Apa Yang Dikongsi Dapat Difahami Bersama


Quotes

halaman

Kesabaran ketenangan Hati

assalamualaikum,
Pendatang baru hendak bercerita ni. Ouh ye, sebelum tu terima kasih kepada AzimAloi kerana bagi peluang dan menerima pengkongsian ini. [SENYUM]

okey, sebelum ini saya pernah memiliki laman blog sendiri. Tetapi itu sudah lama ditinggalkan kerana perkara yang tidak dapat dielakkan. Ingat nak kuburkan sahaja niat dihati mengarang semula. Tetapi rindu punya pasal. Bila dah dibagi peluang kenalah hargaikan ?

Ini nak kongsi pasal kesabaran kita sebagai seorang sahabat bila mendapat teman yang agak tak boleh diterima akal ciket. Adakalanya hati ini sakit bila diperlakukan sedemikian rupa.
Bila anda berada ditengah-tengah permasalahan dua pihak rakan anda. Semestinya kita serabut memikirkan semua itu bukan. Bayangkan setiap kali kesekolah mengadap wajah rakan-rakan yang sedang mengalami pertelingkahan ini. Mendengar masalah di setiap pihak. Lama kelamaan kita yang tak ada masalah pun jadi dibebani dengan masalah mereka.


RAKAN : apa yang engkau sibuk fikirkan masalah dia orang semua? Tak pasal-pasal engkau jugak yang tension macam ni. Padahal engkau tak ada kena mengena pun. hurmm. .
AKU : aku hanya seorang sahabat yang sentiasa berada disisi dia orang ketika dia orang semua hadapi masalah. Salah ke?
RAKAN : tak salah. Tapi, engkau yang tension
AKU : tak apa, aku akan sabar selagi aku mampu.


Orang kata, sabar itu penting untuk diri sendiri bagi mengelakkan masalah yang lebih dingin berlaku. Semoga Allah, berikan hambamu ini ketabahan dan kesabaran untuk melalui semua dugaan ini. Amin.


kalau dah baca komen au....

1 comment:

  1. hmm..memang betul apa yang dikatakan itu..tetapi harus diingat kita perlu memikirkan diri sendiri gak...k..buat baik berpada2 , buat jahat jangan sekali...kita pown ada hidup sendiri gak..

    ReplyDelete