بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Disini , Kami Meluah , Kami Bercerita , Kami Berkongsi Maklumat , Kami Belajar.
Terima Kasih Kerana Membaca. Kami Hanya Manusia Biasa Yang Mempunyai Kelebihan dan Kekurangan Masing-masing.
Semoga Apa Yang Dikongsi Dapat Difahami Bersama


Quotes

halaman

Semangat Aku,Dia dan Semua Orang


Untuk kesekian kalinya aku mengupdate blog ini setelah kembalinya hubungan kami seperti sedia kala..'

last post erntries aku tentang nikon kesayangan yang sekarang ini telah semakin menjadi2 kehebatanya(bukan nak puji diri sendiri) :P ....tapi kenyataan yang dia dah makin cantik gambarnye..#tegelak

~thankz to ayah yang amat baik hati..syukur..


Cuti sekolah bagi budak2 macam aku ni dah mula..haish..
cpat lak masa ni..pjam celik taun dpan dah upper 6..ish2 tension pown ada gak..tapi demi kwn aku yg sorang tu aku semangat!! dia boleh aku pown boleh kan..

program cuti ni dah awal2 lagi aku susun siap wat jadual program lagi..wah dah mcm datuk2 lak ko ajim oi..~ (^_^) tapi itu kenyataan kerana aku tak mau rasa kerugian lagi.. :(

miggu pertama aku penuh dgan projek rahsia..terkejar aku cari bahan kerana tarikh tutup dah nak sampai..huhuh..yang penting berbaloi..

mggu kedua kelas tambahan..pergh..sbr jew ar..:)

mggu ketiga seminar disana sini.. :)

mggu keempat photo shoot di wayang..program kebajikan..:) wah dah jadi NGO lak an.. bgus2 haha

and last skali mggu kelima aku ada prom night~wah!!! tapi aku bukan peserta tetapi just photographer...nak wat camne mana ada orang yang sudi nak pergi ngan aku kan..ala kalo ada pon aku cuma nak pegi ngan somebody yang memang jauh dimata tapi dekat di hati..haha :)
kan L kan?? huhuh tu pon kalo dia minat event mcm ni ar kan..

apa pon itu lah serba sedikit perancangan program spanjang cuti sekolah aku ni..yang tak panjang mana pon..:)

dan kepada semu calon SPM terutama L syg...ingat pesan ajim ni.."Make Your Parent Proud Of You..not because of your Result but your EFFORT!!" ok..semoga korang sume akan menjalani kehidupan yang baik selepas tamat sekolah..k~aku dah rasa dah..merdeka 3 bulan je kot..hahaha

~apa yang penting zaman sekolah adalah yang paling terindah untuk dikenang bersama~

dan jangan lupa dengar dan nyanyi lagu Hujan-Muda bila tamat paper korang k.. :)
mesti tangkap syok nanti..haha k

ADIOS ALL MY FREWN!!






kalau dah baca komen au....

nikon kesayangan masuk hospital~

cerita sedih dikala hati sememangnya sedih~

nikon d60 kesayanganku telah mengalami kemalangan yang paling dasyat!!

berlaku semasa sedang sibuk mengambil gambar pengantin di sebuah rumah Dato'

kejadian yang pantas itu amat mengejutkan aku...sehingga hati ini menangis tidak keruan..

selepas pemeriksaan lanjut oleh pakar...lens kit ku sudah tidak dapat diselamatkan lagi~

tetapi ku bersyukur kerana tubuhnya masih boleh dibaiki..dan sedang dirawat di sebuah hospital di Bandar Kuala Lumpur..

rawatan selama 3 minggu ini kurasakan amat panjang...pelbagai kenangan bersama sentiasa muncul di fikiran...

saat semasa bersama mengenal hati budi masing2...pelbagai peristiwa yang berlaku dapt dirakam bersama~..tanpa dia siapalah aku...harapan ku..

semoga kau cepat sembuh..dan kita dapat meneruskan cita2 kita!!! amin..


(macam karangan autobiografi la pulak) :)

*maaf gambar tidak dapat ditayangkan kerana terlalu menyayat hati~


kalau dah baca komen au....

Jualan Murah Di Sana- Sini :P



Situasi biasa yang kita alami apabila membeli untuk persediaan hari raya..

terutama jika membeli di saat akhir~ apa yang boleh di simpulkan ,

~Pengguna akan memaksimumkan kepuasan, manakala peniaga pula akan memaksimumkan keuntungan~

70% sale!!


line jangan potong kalau nak hidup lama~:)





alahai dah macam semut lak..hu3


apa pun Snap jgn tak snap!!! he3


Alynaloi Boy ~ bersederhana lah dalam apa jua yang dilakukan..elakan pembaziran amalan syaitan~


kalau dah baca komen au....

Baju Raya Mari :)



yeah..akhirnya selesai sudah proses mebeli baju raya untuk taun ni :)

hurmm ni ar apa yang aku dapat beli..

nak kata cantik tak ar cantik sangat...

tapi boleh ar..bersyukur dari takde..

bukan senang nak buat pilihan dalam lautan pembeli..

maklumlah.raya tinggal lagi seminggu..:)

time2 macam ni lah dorang baru nak cari barang~ tgah sale!!

ok ni lah dua pasang baju tersebut..




Ini baju pertama, saje nak tukar selera....tak penah beli warna ni sebelom ni.. :P






ni lak baju kedua...ha3 asyik purple jew...


anyway THANKZ to my daddy larh!!!

setahun sekali dapat rasa pkai baju baru~ alhamdulillah~:P


kalau dah baca komen au....

Misi MEncari Baju Raya Bermula!!




ok tinggal lagi satu minggu nak raya~~ :)

tapi baju raya pon aku belum beli lagi..

yang happy tu..sabtu ni aku akan naik itu KL.. ha3

apa lagi shopping ar.."thankz ayah ngan mak..memang selalu tak penah miss beli baju untuk Along".

Anyway aku rasa taun ni mcm nk bersederhana je..sbab slalunye bukan pakai sangat pun..

ok..nanti dh beli aku try share ngan korang sume k..hope sama ar citarasa ngan my girl2..he3

kalau dah baca komen au....

Kenalkan kawan baru ku~ :)



Ehem2..kali ni aku nak korang berkenalan ngan member baru aku..

kiteorang tak sama kelas, sebab aku rasa dorang memang lagi pandai dari aku..
apa pon aku harap dorang dapat beri tunjuk ajar pada aku nanti..
kata orang, biar ikut resmi padi, makin tunduk , makin berisi..kan2..

dorang memang dah banyak tolong aku selama ni..jadi tak salah
aku rasa nak bagi penghargaan kepada dorang untuk berada dalam blog AZIM ALOI ni kan..

ok tak payah banyak cer..ni lah member yang aku maksudkan itu..

Nama beliau ialah Nur Syuhaidah Bte Asri

Dia ni kecik, comel , cool and simple orangnye..
kawan baik kepada Nad, dan belajar dalam kelas yang sama dengan Nad.
seorang yang mudah mesra dan baik hati..
rajin tolong orang dan peramah..

apa yang best pasal syu ni dia ni penyabar..aku suke semangat yang dia ada..
opps!! tak boley puji lebih2..nanti ada orang jeles lak..hu3

ok apa yang aku harapkan kita akan jadi kwan untuk selamanya..he3


Yang ini bernama Nadrah Izzati Bte Ismail,

beliau seorang yang happy go lucky,
lepak ngan dia mesti ada je kiteorang nak cer..ha3
kadang2 dia ni suka gak usik aku...tapi nk wat cmne trima jew ar an..

ouh ye..lupe lak..untuk pengetahuan korang si gadis ni sudah berpunya..
jadi ta payah ar risau pasal kesunyian dia k..ha3
aku tau korang pantang kalo nmpak awek2 mcm ni..msrti tnye bende tuh je..ha3

bagi aku , biar ar member aku ni happy dengan buah hati dia k..
umah tangga orang jangan ar kacau..biar dia berbahagia..

hurm..satu perkara lagi..Nad ni kalo nak sesuatu bende tu, mesti dia akan cuba selagi dia fikir dia mampu dapatkan bende tuh..ha3
"Nad pasal kelab tuh nanti aku pikirkan ok..sekarang ni banyak lagi bende aku nk fikirkan maklumlah he3...anyway thankz for help me ok.."


ok itu saja yang dapat aku ceritakan untuk kali ini..:)

salam perkenalan dari Syu dan Nad..


Eh sebelum terlupa , Selamat Hari Raya Aildiftri kepada Syu dan Nad,
kalo ada tergurau kasar atau kata2 yang menyinggung perasaan korang selama ni..
harap maafkan ar k..aku ok jew ngan korang.

tp kalo rasa2 tak boleh setel tu..jumpe kat skola ar k...ha3

thankz my friend!! tanpa korang sapa ar aku an..:)


kalau dah baca komen au....

Dugaan menguji Kesabaran.



Setiap orang pasti akan menghadapi masalah masing-masing, samada masalah diri sendiri atau masalah orang lain yang berkenaan degan kita..Tetapi bagiku semua itu adalah lumrah hidup yang harus ditempuhi. Walau sebesar mana pun masalah tersebut, bukan penyelesaian yang penting, tetapi bagaimana kita menyelesaikan masalah tersebut.


Peringatan kepada diriku, di waktu usia yang semakin menganjak..tanggungjawab adalah beban yang harus dipikul, hanya kesanggupan ku dan ketabahan ku yang dapat menjadikan tanggungjawab tersebut mudah dipikul,

Jika selama ini ku terlena dengan buaian mimpi indah dunia,
Jika selama ini ku terleka dengan permainan dunia ini,
harapan ku, semoga yang menyangi diri ini akan mampu menyedarkan aku dari lena ini.

Memang semua yang terjadi dalam hidup ini telah tertulis dalam qada dan qadar kita,
tetapi kita masih mampu membentuk acuan hidup kita sendiri. Dan yang paling penting jika kita tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri..carilah seseorang yang boleh dijadikan teman sejati.





Memang jenis ku yang tidak suka berkongsi masalah dengan yang tersayang, mungkin pengalaman yang telah mengajar aku. Setiap orang mempunyai had dan daya tahan untuk menerima pelbagai masalah,,bagiku cukuplah diriku menanggung masalah ku sendiri..dari meyebabkan orang yang ku sayangi turut merasakan tekanan ku ini.

Namun amat ku hargai segala yang telah dilalakukan untuk diriku, jasa dan budi bicara mu yang amat menghargai diri ini mungkin tidak terbalas oleh ku..bukan niat ku untuk menyombong diri, tapi ku lebih memikirkan kesan ini terhadapmu..semoga kau dapat memahami kemahuanku..setiap orang ada cara tersendiri..Terharu diriku melihat segala yang telah kau lakukan demi menebus kesilapan lalu, Bagi ku mudah "sedangkan nabi pun maafkan umat, apa lagi kita hamba yang penuh dengan dosa ini"...:(


"apa yang pasti semakin kau menyangiku, semakin kuat hati ini pada mu"





kalau dah baca komen au....

ujian formatif 4 2011




hari ni adalah ujian formatif kali kedua untuk aku dalam tingkatan 6 rendah ini..
ujian yang lepas keputusan aku tidak mengalakkan..
terutama dalam aliran yang aku pilih iaitu ICT..
kemungkinan aku masih belum biasa dengan tahap soalan peringkat STPM adalah tinggi..

maka hari ini aku sudah cuba yang sebaik mungkin untuk menggunakan segala tenaga dan ilmu yang telah dipelajari..
semoga dengan berkat bulan yang sangat berkat ini, aku mampu mencapai keputusan yang lebih baik insyallah...

kepada teman-temanku yang tewas di tengah jalan,
aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untukmu..

"Cubaan yang baik adalah datang dari hati yang yakin "
yakinlah dengan kemampuan diri, jika bukan anda siapa lagi...


kalau dah baca komen au....

ke Pulau Mahsuri


lawatan untuk kali kedua~comel tak??

assalamualikum..lama tak mengarang, mungkin sebab sibuk dengan lawatan ke langkawi.

pada 17.6.2011..jam 9.00 malam aku bertolak bersama rombongan mak aku ke langkawi, kami tiba pada pukul 6 pagi di jeti kuala perlis. selepas sarapan tepat jam 9.30 pagi barulah kami dpat menaiki feri.

dalam perjalanan menuu ke pulau mahsuri itu kami dihidangkan dengan tayangan filem nyangkung dan kongsi yang aku rasakan sangat membosankan..

setelah lebih satu jam..barulah kami tiba di Jeti pekan Kuah Langkawi..he3
betapa gembiranya kerana aku dapat kembali lagi ke pulau ini.



kalau dah baca komen au....

Menangis kerana Rakan.

Hey.
Assalamualaikum,
Alyna kembali mengarang semula.


Tidak pernah serik dan bosan,
Tak henti-henti diri ini bercerita mengenai rakan.
ingat kembali kesekolah diri ini dapat bertenang walaupun seketika.
Akan tetapi, harapan hampa sama sekali.

Bayangkan, sampai-sampai kesekolah tak sempat meletakkan beg diatas kerusi.
Si penyampai pesan sudah menarik tangan ku dan seorang lagi rakan yang punyai masalah yang sama.
Ketidak hadiran aku semalam telah memberi peluang si pencari masalah ini meluahkan perasaan.

Sudah ku katakan, benda ini akan jadi jugak.
Bayangkan perkara yang tak betul.
Diputar belit menjadi cerita lain.
Sumpah! hati ini sedih sangat menahan sakit, Terkilan dihati mempunyai member sebegini.

Niat dihati tak mahu memperbesarkan cerita, tapi harapan aku sama sekali punah.
Tidak aku menangis dihadapan rakan lain , tetapi hati ini seperti lautan yang sudah bergelora hanya menunggu masa untuk memakan mangsanya sahaja.
Namun begitu, aku tidaklah sebegitu kejam.
Aku tetap melawan perasaan ini, dan berdoa agak dia sendiri sedar dengan perilakunya sendiri.

Mudah-mudahan aku diberikan ketabahan seperti sebelum ini.


kalau dah baca komen au....

Dapat Member Yang Sangat Memahami..

ADOYAI!!

Aku tgah sedih..dorang ley create group niy pulak~

Kami Budak Tak Dapat UPU Sesi 2011

thankz gak ar pada korang..ha3

terutama skali pada creater grop niy

~WAK NGAU~

kalau dah baca komen au....

pergh!!


Itulah perasaan aku sekarang...aku dah tak tau nak cakap apa lagi kene terima je la...
mesti korang tahu kan apesal aku rasa macam tu~~ :-(

ye, Kerana UPU lah aku rasa macam tu... tapi aku pun tak boleh nak salahkan UPU jugak sebab aku punye result memang hancur nk wat camne kan..

lepas aku dah semak tadi..terus aku amik phone (tanya dalam hati nak bagi tahu ayah ngan mak ke tak..) aku tahu hati dorang mesti hancur punye kalo dapat tau aku tak dapat U ni..dan memang itu yang dorang rasa...tapi mereka masih meberi aku peluang untuk belajar di tingkatan 6..
dan aku berazam aku akn buat yang terbaik untuk kali ini.~ dan aku memerlukan doa dari korang sume..k~insyallah..

dan kepada semua teman2 aku di blog atau fb..gud luck yo! dalam pilihan hidup korang k..

ingat ~ 'HIDUP UMPAMA AISKRIM, NIKMATILAH IA SEBELUM CAIR'..







kalau dah baca komen au....

Kesabaran ketenangan Hati

assalamualaikum,
Pendatang baru hendak bercerita ni. Ouh ye, sebelum tu terima kasih kepada AzimAloi kerana bagi peluang dan menerima pengkongsian ini. [SENYUM]

okey, sebelum ini saya pernah memiliki laman blog sendiri. Tetapi itu sudah lama ditinggalkan kerana perkara yang tidak dapat dielakkan. Ingat nak kuburkan sahaja niat dihati mengarang semula. Tetapi rindu punya pasal. Bila dah dibagi peluang kenalah hargaikan ?

Ini nak kongsi pasal kesabaran kita sebagai seorang sahabat bila mendapat teman yang agak tak boleh diterima akal ciket. Adakalanya hati ini sakit bila diperlakukan sedemikian rupa.
Bila anda berada ditengah-tengah permasalahan dua pihak rakan anda. Semestinya kita serabut memikirkan semua itu bukan. Bayangkan setiap kali kesekolah mengadap wajah rakan-rakan yang sedang mengalami pertelingkahan ini. Mendengar masalah di setiap pihak. Lama kelamaan kita yang tak ada masalah pun jadi dibebani dengan masalah mereka.


RAKAN : apa yang engkau sibuk fikirkan masalah dia orang semua? Tak pasal-pasal engkau jugak yang tension macam ni. Padahal engkau tak ada kena mengena pun. hurmm. .
AKU : aku hanya seorang sahabat yang sentiasa berada disisi dia orang ketika dia orang semua hadapi masalah. Salah ke?
RAKAN : tak salah. Tapi, engkau yang tension
AKU : tak apa, aku akan sabar selagi aku mampu.


Orang kata, sabar itu penting untuk diri sendiri bagi mengelakkan masalah yang lebih dingin berlaku. Semoga Allah, berikan hambamu ini ketabahan dan kesabaran untuk melalui semua dugaan ini. Amin.


kalau dah baca komen au....

Lelaki dan Perempuan Harus Tahu

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini,
Jadi terimalah segala kekurangannya,
Kerana dalam kekurangannya,
Ada nilai yang berharga.


MARI KESINI. baca dan memahami baru menilai. :)

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

kalau dah baca komen au....

huhu..tingkatan 6??

adoyai..minggu depan nk kene masuk tingkatan 6 .lak..
sbar je ar kn....apa pown hidup kne dtroskan..buat sesuatu kne ar dgan pnuh tanggungjawab...

pengalaman sebelum ini akan menjadi pengajaran...

Selamat Datang Ke Dunia Yang Lebih Mencabar..
kalau dah baca komen au....

apa ar keputusan aku nanti..??

hmm...mak ai..makin lama makin risau lak..
apa la result aku eak..hehehe
doa yang terbaik jew ar kan,, trima je....huhuh
kalau dah baca komen au....

al-gHoniaH...











hmm..setiap owg ada titik perubahan dalam hidupnya..
samada dari baik ke buruk...atau sebaliknya..

begitujuga dengan aku....bukan nak kata yang aku ni baik...
tapi aku bersyukur ke hadrat Ilahi..kerana masih berada di jalan yang benar...

sementara aku menunggu keputusan SPM yang bakal keluar pada:

23 , 3 , 2011 ini...

aku mengambil kelas hafazan Al-Quran di sebuah pusat tahfiz...

baik buruknya ku terima dengan penuh kesyukuran..
pelbagai kenangan dan peristiwa telah berlaku..
menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan...

terima kasih kepada semua yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat...
hanya Ya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kamu semua...salam.

kalau dah baca komen au....