بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Disini , Kami Meluah , Kami Bercerita , Kami Berkongsi Maklumat , Kami Belajar.
Terima Kasih Kerana Membaca. Kami Hanya Manusia Biasa Yang Mempunyai Kelebihan dan Kekurangan Masing-masing.
Semoga Apa Yang Dikongsi Dapat Difahami Bersama


Quotes

halaman

Menangis kerana Rakan.

Hey.
Assalamualaikum,
Alyna kembali mengarang semula.


Tidak pernah serik dan bosan,
Tak henti-henti diri ini bercerita mengenai rakan.
ingat kembali kesekolah diri ini dapat bertenang walaupun seketika.
Akan tetapi, harapan hampa sama sekali.

Bayangkan, sampai-sampai kesekolah tak sempat meletakkan beg diatas kerusi.
Si penyampai pesan sudah menarik tangan ku dan seorang lagi rakan yang punyai masalah yang sama.
Ketidak hadiran aku semalam telah memberi peluang si pencari masalah ini meluahkan perasaan.

Sudah ku katakan, benda ini akan jadi jugak.
Bayangkan perkara yang tak betul.
Diputar belit menjadi cerita lain.
Sumpah! hati ini sedih sangat menahan sakit, Terkilan dihati mempunyai member sebegini.

Niat dihati tak mahu memperbesarkan cerita, tapi harapan aku sama sekali punah.
Tidak aku menangis dihadapan rakan lain , tetapi hati ini seperti lautan yang sudah bergelora hanya menunggu masa untuk memakan mangsanya sahaja.
Namun begitu, aku tidaklah sebegitu kejam.
Aku tetap melawan perasaan ini, dan berdoa agak dia sendiri sedar dengan perilakunya sendiri.

Mudah-mudahan aku diberikan ketabahan seperti sebelum ini.


kalau dah baca komen au....

Dapat Member Yang Sangat Memahami..

ADOYAI!!

Aku tgah sedih..dorang ley create group niy pulak~

Kami Budak Tak Dapat UPU Sesi 2011

thankz gak ar pada korang..ha3

terutama skali pada creater grop niy

~WAK NGAU~

kalau dah baca komen au....

pergh!!


Itulah perasaan aku sekarang...aku dah tak tau nak cakap apa lagi kene terima je la...
mesti korang tahu kan apesal aku rasa macam tu~~ :-(

ye, Kerana UPU lah aku rasa macam tu... tapi aku pun tak boleh nak salahkan UPU jugak sebab aku punye result memang hancur nk wat camne kan..

lepas aku dah semak tadi..terus aku amik phone (tanya dalam hati nak bagi tahu ayah ngan mak ke tak..) aku tahu hati dorang mesti hancur punye kalo dapat tau aku tak dapat U ni..dan memang itu yang dorang rasa...tapi mereka masih meberi aku peluang untuk belajar di tingkatan 6..
dan aku berazam aku akn buat yang terbaik untuk kali ini.~ dan aku memerlukan doa dari korang sume..k~insyallah..

dan kepada semua teman2 aku di blog atau fb..gud luck yo! dalam pilihan hidup korang k..

ingat ~ 'HIDUP UMPAMA AISKRIM, NIKMATILAH IA SEBELUM CAIR'..







kalau dah baca komen au....

Kesabaran ketenangan Hati

assalamualaikum,
Pendatang baru hendak bercerita ni. Ouh ye, sebelum tu terima kasih kepada AzimAloi kerana bagi peluang dan menerima pengkongsian ini. [SENYUM]

okey, sebelum ini saya pernah memiliki laman blog sendiri. Tetapi itu sudah lama ditinggalkan kerana perkara yang tidak dapat dielakkan. Ingat nak kuburkan sahaja niat dihati mengarang semula. Tetapi rindu punya pasal. Bila dah dibagi peluang kenalah hargaikan ?

Ini nak kongsi pasal kesabaran kita sebagai seorang sahabat bila mendapat teman yang agak tak boleh diterima akal ciket. Adakalanya hati ini sakit bila diperlakukan sedemikian rupa.
Bila anda berada ditengah-tengah permasalahan dua pihak rakan anda. Semestinya kita serabut memikirkan semua itu bukan. Bayangkan setiap kali kesekolah mengadap wajah rakan-rakan yang sedang mengalami pertelingkahan ini. Mendengar masalah di setiap pihak. Lama kelamaan kita yang tak ada masalah pun jadi dibebani dengan masalah mereka.


RAKAN : apa yang engkau sibuk fikirkan masalah dia orang semua? Tak pasal-pasal engkau jugak yang tension macam ni. Padahal engkau tak ada kena mengena pun. hurmm. .
AKU : aku hanya seorang sahabat yang sentiasa berada disisi dia orang ketika dia orang semua hadapi masalah. Salah ke?
RAKAN : tak salah. Tapi, engkau yang tension
AKU : tak apa, aku akan sabar selagi aku mampu.


Orang kata, sabar itu penting untuk diri sendiri bagi mengelakkan masalah yang lebih dingin berlaku. Semoga Allah, berikan hambamu ini ketabahan dan kesabaran untuk melalui semua dugaan ini. Amin.


kalau dah baca komen au....

Lelaki dan Perempuan Harus Tahu

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini,
Jadi terimalah segala kekurangannya,
Kerana dalam kekurangannya,
Ada nilai yang berharga.


MARI KESINI. baca dan memahami baru menilai. :)

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

kalau dah baca komen au....

huhu..tingkatan 6??

adoyai..minggu depan nk kene masuk tingkatan 6 .lak..
sbar je ar kn....apa pown hidup kne dtroskan..buat sesuatu kne ar dgan pnuh tanggungjawab...

pengalaman sebelum ini akan menjadi pengajaran...

Selamat Datang Ke Dunia Yang Lebih Mencabar..
kalau dah baca komen au....