بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Disini , Kami Meluah , Kami Bercerita , Kami Berkongsi Maklumat , Kami Belajar.
Terima Kasih Kerana Membaca. Kami Hanya Manusia Biasa Yang Mempunyai Kelebihan dan Kekurangan Masing-masing.
Semoga Apa Yang Dikongsi Dapat Difahami Bersama


Quotes

halaman

Dugaan menguji Kesabaran.



Setiap orang pasti akan menghadapi masalah masing-masing, samada masalah diri sendiri atau masalah orang lain yang berkenaan degan kita..Tetapi bagiku semua itu adalah lumrah hidup yang harus ditempuhi. Walau sebesar mana pun masalah tersebut, bukan penyelesaian yang penting, tetapi bagaimana kita menyelesaikan masalah tersebut.


Peringatan kepada diriku, di waktu usia yang semakin menganjak..tanggungjawab adalah beban yang harus dipikul, hanya kesanggupan ku dan ketabahan ku yang dapat menjadikan tanggungjawab tersebut mudah dipikul,

Jika selama ini ku terlena dengan buaian mimpi indah dunia,
Jika selama ini ku terleka dengan permainan dunia ini,
harapan ku, semoga yang menyangi diri ini akan mampu menyedarkan aku dari lena ini.

Memang semua yang terjadi dalam hidup ini telah tertulis dalam qada dan qadar kita,
tetapi kita masih mampu membentuk acuan hidup kita sendiri. Dan yang paling penting jika kita tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri..carilah seseorang yang boleh dijadikan teman sejati.





Memang jenis ku yang tidak suka berkongsi masalah dengan yang tersayang, mungkin pengalaman yang telah mengajar aku. Setiap orang mempunyai had dan daya tahan untuk menerima pelbagai masalah,,bagiku cukuplah diriku menanggung masalah ku sendiri..dari meyebabkan orang yang ku sayangi turut merasakan tekanan ku ini.

Namun amat ku hargai segala yang telah dilalakukan untuk diriku, jasa dan budi bicara mu yang amat menghargai diri ini mungkin tidak terbalas oleh ku..bukan niat ku untuk menyombong diri, tapi ku lebih memikirkan kesan ini terhadapmu..semoga kau dapat memahami kemahuanku..setiap orang ada cara tersendiri..Terharu diriku melihat segala yang telah kau lakukan demi menebus kesilapan lalu, Bagi ku mudah "sedangkan nabi pun maafkan umat, apa lagi kita hamba yang penuh dengan dosa ini"...:(


"apa yang pasti semakin kau menyangiku, semakin kuat hati ini pada mu"





kalau dah baca komen au....

No comments:

Post a Comment